Bahasa-bahasa Iban

Bahasa-bahasa Iban
Dayak Melayu
Taburan
geografi:
Borneo barat
Klasifikasi bahasa:Austronesia
Glottolog:iban1263[1]

Bahasa-bahasa Iban ialah cabang keluarga bahasa-bahasa Melayu yang berasal dari Borneo barat. Ia dituturkan oleh orang Iban dan kumpulan berkaitan di Malaysia Timur dan wilayah Kalimantan Barat Indonesia. Bahasa-bahasa Dayak lain, yang dipanggil bahasa-bahasa Dayak Darat, yang bukan dari keluarga bahasa-bahasa Iban, terdapat di sudut barat laut Kalimantan, antara bahasa-bahasa Melayu rumpun Iban dan bukan rumpun Iban seperti bahasa Kendayan dan loghat Melayu di Sarawak dan Pontianak.

Istilah "bahasa-bahasa Iban" (Ibanic) dicipta oleh Alfred B. Hudson, yang merupakan antara yang pertama menyiasat hubungan genetik pelbagai bahasa yang dilompokkan bersama di bawah nama "bahasa Dayak" di Borneo Barat.[2] Bahasa-bahasa Iban telah diklasifikasikan pelbagainya sebagai di bawah subkumpulan "bahasa-bahasa Dayak Melayu"[2] atau "bahasa-bahasa Melayu Borneo Barat"[3] bersama-sama dengan bahasa Kendayan dan kelainan yang berkaitan, atau sebagai sebahagian daripada subkumpulan "Melayu Induk" bersama-sama loghat-loghat Melayu yang lain.[4]

  1. ^ Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "Bahasa-bahasa Iban". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
  2. ^ a b Hudson, Alfred B. (1970). "A Note on Selako: Malayic Dayak and Land Dayak Languages in Western Borneo". Sarawak Museum Journal (dalam bahasa Inggeris). 18: 301–318.
  3. ^ Smith, Alexander D. (2017). The Languages of Borneo: A Comprehensive Classification (PDF) (Tesis) (dalam bahasa Inggeris). University of Hawai‘i at Mānoa.
  4. ^ Ross, Malcolm D. (2004). "Notes on the Prehistory and Internal Subgrouping of Malayic". Dalam Bowden, John; Himmelmann, Nikolaus (penyunting). Papers in Austronesian Subgrouping and Dialectology. Pacific Linguistics 563 (dalam bahasa Inggeris). Canberra: Pacific Linguistics. m/s. 97–109. doi:10.15144/PL-563.97. hdl:1885/146183.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search